Tuesday, March 8, 2011

Haq dan Batil

Selasa 08.03.2011
22.58pm
Ya Allah kurniakan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad, keluargannya dan para sahabat.

Haq merujuk Kamus Dewan Edisi Empat bermaksud (al-Haqq) Ar Yang Maha Benar (satu drpd 99 nama Allah) manakala Batil bermaksud perihal tidak benar. Kemudian haq bg pendapat saya ialah kebenaran dan batil pula sesuatu keadaan yang kita alami dan kita meragui tentang kesahihan sesuatu perkara tersebut.

"Ya Allah tunjukkan kepada kami yang haq itu haq, dan berilah kami kemampuan mengikutinya, dan tunjukkan kepada kami yang batil itu batil, dan berilah kami kekuatan menjauhinya."
Berdasarka peryataan di atas, pengertian haq dan batil mempunyai pelbagai andaian. Sebagai contoh, haq boleh membawa maksud kebenaran, kewajiban, kebaikan, kepastian, kepunyaan, kewenangan, penyelidikan dan sebagainya. Batil pula perkara yang manusia cipta untuk menyembunyikan kebenaran. Sebagai contoh, dalam al-Quran ada menyebut bahawa putaran bumi mengikut paksinya dan matahari terbit dari timur ke barat. Oleh itu, kita tidak boleh meyatakan bahawa matari terbit dari selatan ka, utara ka kerana kebenaran sudah tercatat dalam al-Quran. Hal yang demikian menguatkan lagi peryataan dalam Al-Quran:
"Dan janganlah kamu campuradukkan yang hak dan yang batil, dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu sendiri mengetahuinya." (QS. Al-Baqarah II: 42)
Kesimpulannya, apabila kita menegakan yang haq, maka secara semulajadinya yang batil akan lenyap. Pengetahuan dalam haq dan batil juga dapat membentuk insan yang memiliki semangat juang yang kental serta lebih berani kerana kita semakin yakin dan tiada ragu-ragu tentang apa yang kita lakukan. Oleh itu, kita seharus mendalami sesuatu ilmu sebelum menyangkal atau menbantah tentang sesuatu perkara yang dianggap bertentang dengan pandangan kita. Jadi, untuk mengelakkan sesuatu salah faham kita kena menegakkkan apa yang haq dan menjauhi apa yang batil. Cuma setakat ini pandangan syawal mengenai pekara tersebut, minta maaf kalau maklumat yang dikongsi tak memuaskan.. ilmu belum cukup didada.