Monday, March 14, 2011

Iman adalah Mutiara

Assalamualaikum
Isnin 14.03.2011
22.15pm
Zikir Harian
Tidak ada daya untuk menolak sesuatu kemalaratan dan mendatangkan sesuatu kemanfaatan melainkan Allah juga, Yang Maha Tinggi Lagi Maha Agong




Iman adalah mutiara
Di dalam hati manusia
Yang menyakini Allah
Maha Esa Maha Kuasa

Tanpamu iman bagaimanalah
Merasa diri hamba padaNya
Tanpamu iman bagimanalah
Menjadi hamba Allah yang bertaqwa

Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa
Ia tak dapat dijual beli
Ia tiada di tepian pantai

Walau apapun caranya jua
Engkau mendaki gunung yang tinggi
Engkau merentas lautan api
Namun tak dapat jua dimiliki
Jika tidak kembali pada Allah

Percayalah bahawa iman tak dapat diwarisi. Walaupun ayah kita seorang ustaz sekalipun andaikata hati kita kotor nescaya kita tidak dapat memasuki syurga kerana iman itu terletak di hati individu tersebut. Tanpa IMAN kita akan hanyut ditelan teknologi yang semakin maju sekarang, contohnya dengan kewujudan internet seperti facebook, twitter, friendster. Syawal tak menegaskan bahawa internet membawa keburukkan tetapi kita telah menyalahgunakan internet serta wujudnya kemajuan seperti ini kita semakin melupai kpd yang mencipta kita iaitu Allah swt atau lebih tepat kita lalai dan kemungkinan besar tersasar dari tujuan asal kita menggunakan kemudahan ini.. Alangkah baiknya sekiranya kita mengunakkan segala kemajuan teknologi untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kpd Allah di samping menambah ilmu pengetahuan ataupun mengeratkan silaturahim. Doakan kita selalu ditetapkan iman kerana syawal hanya insan biasa.

No comments:

Post a Comment